March 31, 2009

10 Dalil Kenapa Orang Melayu harus belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

  1. Pengajian Sains dan Matematik adalah asas kepada teknologi moden yang telah bermula ribuan tahun dahulu. Orang Melayu sekadar menggunakan teknologi-teknologi ini dan tidak pernah pun ada yang mempelopori teknologi-teknologi yang ada masa kini (maaf kalau fakta ini tidak lengkap akan tetapi kalau ada pun amat sedikit sangat). Jadi kalau kita sibuk mau menterjemah ilmu sains dan matematik yang ada maka bilakah masanya kita akan belajar and mahu cuba kedepan di dalam ilmu sains dan matematik ini.

“In other words we Malays will always be a follower and never a pioneer” .

Kalau ada pun faedah nya kita akan jadi penterjemah BI ke BM yang terunggul di dunia. Itu pun sekarang kalau kita tengok tayangan gambar yang sedia ada lagi kelakar dan cacar merba dan memalukan kita sebagai orang Melayu. Jadi kalau mahu belajar bahasa maka kita harus faham bahasa berkenaan dengan tidak perlu menterjemahkan kandungan nya ke bahasa ibunda kita.

  1. Kalau pun kita berjaya mempelajari matematik dan sains di dalam BM akan tiba suatu masa nanti kita akan menggunakan bahasa BI untuk melaksanakan tugas-tugas kita kerana sains dan matematik bukan untuk orang Melayu sahaja. Contoh nya tatkala Petronas melaksanakan projek Menara Berkembar Petronas, semua tender-tender di buat di dalam bahasa Inggeris. Ini kerana hampir semua aspek pembinaan utamanya di laksanakan olih arkitek-arkitek dan jurutera-jurutera perunding dari luar negara. Juga semua orang tahu yang kontraktor utamanya juga dari Jepun dan Korea. Memang ramai terdapat jurutera dan professional Melayu yang terbabit akan tetapi BM tidak sesuai untuk melaksanakan projek tersebut. Begitulah seterusnya akan kesemua projek pembangunan olih Petronas, Telekom, TNB dan sebagainya. Kalau mahu di laksanakan juga tendernya di dalam BM maka saya bayangkan bahawa terjemahan nya sahaja akan mengambil masa bertahun, belum lagi komplikasi untuk berkomunikasi dengan profesional luar negara dan juga kesukaran memindah teknologi ke rakyat tempatan.

  1. Bahawa di dalam perlaksanaan teknologi kerapkali kita terbabit dengan pihak luar negara. Jadi bagaimana kalau kita mahu berunding dengan pihak Korea dan Jepun yang tidak memahami BM dan orang Melayu pula sudah tentu tidak memahami bahasa Korea atau Jepun, kerana bagi orang Melayu bahasa hanya satu ia itu BM. Penyelesaian nya ialah dengan menggunakan BI. Hampir kesemua pembangunan negara yang di kecapi olih orang Melayu sekarang di laksanakan dengan cara begini. Dari lebuhraya Utara-Selatan ke Menara Berkembar Petronas, projek Proton dan Perodua, infra struktur telekommukisai dan lain2. Malah yang berarak beramai-ramai baru-baru ini membantah pembelajaran sains dan matematik ke BI pun menggunakan prasarana yang di bangunkan dengan cara BI seperti di atas.

  1. Kalau suatu hari nanti orang Melayu mereka cipta sesuatu yang baru didalam bidang sains dan mahu mempromosi teknologi itu ke serata dunia, adakah kita akan menggunakan BM untuk tujuan ini? Kalau kita mahu semua rakyat dunia melihat ciptaan kita adakah kita akan gunakan BM? Atau bahasa lain yang lebih universal yang tidak semestinya bahasa Inggeris.

  1. Kalau produk teknologi kita mau terkenal keseluruh dunia kita harus malakukan penjenamaan yang di terima di seluruh dunia. Apabila syarikat Honda merekacipta model kereta unggulnya yang di kenali diseluruh dunia ia nya menngunakan jenama Accord, Civic dan City. Kalau kita sebut jenama berteknologi seperti Bravia, Sonata, Carnival, Playstation, Cybershot dll ianya bukan dari negara England dan Amerika tetapi dari Korea dan Jepun. Penggunaan jenama-jenama tersebut tidak pun melemahkan bahasa Korea dan Jepun di mata dunia.

  1. Kalau sekarang kita mahu berusaha mereka cipta robot (apa ya “robot” di dalam BM?) yang mahu digunakan di industri pertanian misalnya. Adakah kita akan bermula dari bawah atau dengan kertas kosong atau pun kita akan mengkaji perbagai lapuran kajian yang telah di buat olih Jepun, Korea, Jerman, Amerika dsb nya dan memulakan dari apa yang ada. Bagaimana kita mahu menganalisis lapuran-lapuran ini kalau kita balajar sains didalam BM. Adakah di kala itu kita akan gunakan BI? Jadi kenapa tidak bermula gunakan BI dalam sains dan matematik dari sekarang.

  1. Kalau hari ini kita mahu adakan kerjasama dengan syarikat luar negara akan satu usaha sama berteknologi tinggi adakah kita akan gunakan BM? Adakah ini akan diterima olih syarikat luar negara berkenaan? Kalau kita mahu berkerjasama dengan Arab Saudi bagi melancarkan satelit ke angkasa lepas adakah kita akan gunakan BM, Bahasa Arab atau BI? Sedangkan kita lagi berugama Islam dan Arab juga berugama Islam, kedua-duanya membaca Al Quran dan terdapat banyak persamaan, adakah kita akan gunakan Bahasa Arab? sedangkan orang Melayu tak tahu berbahasa Arab. Jadi apakah bahasa yang akan kita gunakan?

  1. Orang-orang melayu sekarang ramai yang berkerja dengan syarikat-syarikat besar luar negara seperti Shell, IBM, Citybank, dsb nya. Mereka di terima berkerja kerana ada pengalaman yang baik dan juga bolih berkerja dalam suasana menggunakan BI. Jadi kalau kita kebelakang dan belajar segalanya di dalam BM, secara tidak langsung kita akan melemahkan peluang perkerjaan anak-anak Melayu di syarikat-syarikat besar. Jadi bagaimana kita mahu memenuhi tuntutan DEB yang saban tahun tidak kesampaian.

  1. Kebanyakan barang-barang impot di bekalkan dengan panduan di dalam BI dan juga beberapa bahasa pilihan lain seperti Mandarin, Jepun, Jerman dan Arab. Tidak ada pun BM di dalam pilihan bahasa tersebut. Jadi mahu tak mahu kita harus belajar satu atau dua lagi bahasa selain dari BM. Jadi apakah pilihan bahasa kedua kita?

  1. Secara tidak resmi nya BI adalah bahasa kedua negara kita. Walau bagaimanapun kita cuba menafikan cubalah kita keluar ke pejabat, bank, pusat membeli belah dsbnya hampir semua orang akan bertanya atau bertutur dalam BI selain dari BM. Jadi sampai bila kita mahu menunggu sebelum kita mahu menerima hakikat ini. Di negara China semenjak ia membuka pintu ekonominy ke negara luar rakyat China telah ramai belajar BI kerana mereka tahu ianya adalah bahasa universal antara dua pihak yang berlainan bahasa untuk berkomunikasi
Demi kemajuan kaum Melayu di zaman mellinium - Jebat- Siber

2 comments:

ummi said...

Sungguh bernas dan panjang lebar ulasan Tuan Jebat. Saya sebenarnya hairan, apabila negara maju telah melakukan pelbagai kajian mengenai kebaikan menguasai berbilang bahasa pada usia yang masih mentah, kita berhempas pulas melawan usaha kerajaan untuk memberi peluang kepada anak kita belajar bahasa asing.

Anonymous said...

PPSMI bukan soal kepentingan bahasa inggeris tetapi ia adalah soal ilmu itu disampaikan kepada pelajar dalam bahasa yang tidak mereka fahami. Katalah jika tuan sendiri diajar matematik dan sains dlm bahasa Jepun atau Jerman, mahu tuan angkat kaki tinggalkan kelas kerana tuan akan merasakan tiada faedahnya belajar tapi tak faham sepatahpun apa yang guru katakan, usahkan untuk mendapat ilmu. Itulah kerana kita dah dewasa dan boleh membuat pilihan, tapi malang bagi murid terutama sekolah rendah belajar dari pagi sampai tengah hari dan pulang dgn otak yang kosong. Jangan anggap semua murid boleh terus belajar matematik & sains dalam bahasa inggeris sebaliknya ajarkan mereka dulu bahasa inggeris. Jangan anggap semua murid masuk sekolah dah pandai bahasa penjajah itu kerana dikampung mereka tiada TADIKA METHODIST. Jangan kita anggap semua murid bijak pandai macam tuan dah pandai bahasa inggeris kerana saya percaya semasa sekolah rendah pun tuan tak pandai juga usah nak belajar matematik & sains dalam bahasa inggeris. Jangan kita hanya memandang dua tiga jiran kita yang tiada masalah dengan BI tapi lihatlah anak melayu yang tinggal dipendalaman, letrik pun belum tentu ada. Anak Bajau Laut yang sejak lahir hanya bermain air. Anak orang asli yang sejak kecil mengikut bapanya memanjat petai. Ajarkanlah anak kita bahasa inggeris, matematik dan sains tapi sampaikanlah ilmu itu dalam bahasa yang mereka fahami. PPSMI merugikan generasi akan datang terutama melayu kerana minat kepada matematik & sains merosot akibat masalah bahasa ilmu itu disampaikan. Dan lihatlah berapa banyak bangsa yang mengagungkan bahasa penjajah mereka, negara mereka tidak maju dan bangsa mereka tidak disegani.

Quotable Quotes

Will be published later