April 20, 2009

Mampu kah Kita jadi rakyat Negara Maju?

Kalau kita pernah ke luar negara khususnya negara-negara maju kita akan dapati sikap rakyat negara maju yang membezakan mereka dari rakyat negara kurang maju. Walau bagaimanapun bukan rata-rata rakyat negara tersebut bersikap demikian, biasa lah dalam setandan pisang bukan semuanya elok, akan tetapi terdapat peratusan yang tinggi rakyat mereka mempunyai ciri-ciri sedemikian.

Kalau di lihat negara kita Malaysia sikap rakyat kita masih belum mampu untuk kita bergelar negara maju. Antara nya adalah:

  1. Tidak menjaga kebersihan. Tandas biasalah kotor. Banyak juga restoran yang kotor melainkan restoran francais luar negara yang rata-rata datang dari negara maju. Juga kalau kita ke pusat perlancongan semula jadi seperti kawasan air terjun memang rakyat kita juara meninggalkan sampah sarap.
  2. Tidak tepati masa. Rakyat kita dalam era digital hand phone, Palm, Blabberry masih tak tau baca jam. Satu jam lambat tu biasalah. Excuse yang biasa adalah kesesakan jalan, lambat bangun tidur, banyak kerja dll. Hello! kalau dah tau jalan jam keluarlah 1 jam awal.
  3. Tdak sopan di jalan raya. Saya kesian akan warga emas dan kanak-kanak yang tidak selamat langsung di jalan raya kita. Lagi besar kereta mereka lagi kurang ajar rakyat kita di jalan raya. Yang lain-lain tak payah lah saya sebut sebab semua dah maklum.
  4. Tidak hormat orang tua. Rata-rata orang kita hanya hormat orang-orang tua yang kita kenal dan ada pertalian darah. Bolih jadi malu kot nak kurang ajar. Tetapi kalau kita jalan-jalan di luar kita dapati dalam LRT tak ade pun orang muda ni yang nak bagi tempat duduk kat orang tua yang dah lama berdiri, perempuan mengandung ke dll.
  5. Tidak ramai yang membaca buku. Rata-rata rakyat kita tidak membaca. Kalau dalam LRT, stesyen bas, dalam pesawat dll, jarang sekali saya lihat orang kita baca buku. Bolih jadi kita malu nak membaca atau diri kita dan cukup pandai.
  6. Banyak melepak dan buang masa. Rata-rata rakyat kita suka berkumpul dan membuang masa tak tentu sebab. Memanglah kita di galakkan bersosial akan tetapi di negara kita tahap bersosialnya lebih tinggi dari rakyat negara maju. Dengan satu cawan kopi kita bolih duduk 3-4 jam. Ynag hairan nya kedai mamak tak bengkrap pulak.
  7. Kita jarang ber-riadah dan bersukan . Rata-rata rakyat kita tidak pandai bersukan untuk menjaga kesihatan kerana peratus yang berbuat demikian amat sedikit. Ada yang mampu bermain golf akan tetapi tidak putus-putus menghisap rokok ketika bermain. Jadi saya faham kenapa tidak ramai rakyat kita mencapai tahap dunia didalam sukan.
  8. Kita tidak mencapai ranking yang baik di sukan olimpik. Kalau kita lihat secara kasarnya negara maju akan mencapai keputusan yang baik di sukan besar seperti Olimpik. Dulu negara Korea pun begitu akan tetapi setelah mencapai tahap negara maju kita lihat prestasi ahli sukan nya juga meningkat.

Jebat-Siber

No comments:

Quotable Quotes

Will be published later